Saturday, October 23, 2010

IBU...IBU...Engkaulah RATU HATI ku....

Wahai SAHABAT ku...
Bila seronok, aku cari...pasanganku
Bila sedih, aku cari... Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada... Mak
Bila gagal, aku cerita pada...Mak
Bila bahagia, aku peluk erat... pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat... Mak
Bila nak bercuti, aku bawa... pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah... Mak
Bila sambut Valentine... aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut Hari Ibu... aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu...aku ingat pasanganku
Selalu...Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak beli hadiah untuk Mak

RENUNGKAN:
"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja....
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak...RM50 sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya.....

Tapi kalau Mak sudah tiada....
MAKKKKK.... RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup? Menyuapkan ibunya....
Berapa ramai yang sanggup? Mencuci muntah ibunya...
Berapa ramai yang sanggup? Menggantikan lampin ibunya...
Berapa ramai yang sanggup? Membersihkan najis ibunya...
Berapa ramai yang sanggup? Membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya...
Berapa ramai yang sanggup? Berhenti kerja untuk menjaga ibunya...

Dan Akhir Sekali,
Berapa ramai yang SEMBAHYANGKAN JENAZAH ibunya...

Syurga di bawa TAPAK KAKI ibu...Berapa ramai yang mahu ke Syurga???

Berapa ramai yang sanggup bertemu ibu di Alam yang berbeza....???

Allahualam.....

Monday, October 18, 2010

SENIMAN AGUNG


GETARAN JIWA - nya memecah keheningan senja. Sesekali BILA LARUT MALAM kuterdengar BUNYI GITAR anak seni yang sedang menempuh GELORA hidup ini. Baginya AZIZAH bagai BULAN DIPAGAR BINTANG. Rintihan JANGAN TINGGAL DAKU dan dengarlah JERITAN BATINKU memperlihatkan kesungguhannya menghidupkan layar perak dengan KISAH RUMAHTANGGA. Dia sedia BERKORBAN APA SAJA demi menghiburkan MANUSIA MISKIN KAYA walaupun kadangkala DALAM AIR TERBAYANG WAJAH anak-anak yang merayu "TOLONGLAH KAMI". HANCUR BADAN DIKANDUNG TANAH budi yang baik dikenang juga. DIMANA KAN KUCARI GANTI....? SENI MILIK TUHAN, seni dianugerahkan oleh tuhan pada hamba yang ia kehendaki. Kehilangan seniman agung kita hingga kini tiada pengganti, mungkin disebabkan arus permodenan atau filem-filem aksi yang terlalu banyak disajikan menyebabkan kita tenggelam dalam pencarian bakat-bakat baru..? Atau disebabkan kita kini sudah terpengaruh dengan filem-filem aksi barat..? Pencarian harus diteruskan walaupun kita kini dibayangi Di Mana Kan Kucari Ganti.!!!